Peta lokasi
JPO merupakan salah satu inisiatif pembangunan di Wilayah Iskandar Malaysia yang mana merupakan hakmilik Genting Group dengan kerjasama Simon Property Group. JPO merupakan salah satu premium outlet yang pertama di Asia yang mana ia merupakan model yang sama seperti 69 premium outlet yang terdapat seluruh dunia (57 di US, 1 di Puerto Rico, 8 di Japan, 2 di Korea, 1 di Mexico).
JPO merupakan cawangan ke-70 di dunia dan merupakan pusat membeli-belah yang menghimpunkan pelbagai jenama terkenal dengan tawaran potongan harga dari 25 peratus sehingga 65 peratus. Sebanyak 70 kedai barangan berjenama tempatan dan antarabangsa seperti Coach, Burberry, Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Adidas, Nike, Levis, Selangor Pewter Tommy Hilfiger dan lain-lain.
Mengapa di Kulaijaya?
Seperti yang dimaklumkan oleh pihak Iskandar Malaysia, oulet-outlet yang terdapat diseluruh dunia sememangnya kedudukannya jauh dari kepesatan bandar. Ini merupakan salah satu ciri premium oulet yang unik yang mana tujuannya adalah untuk membangunkan kawasan sekitar ini. Dimaklumkan juga pihak Genting Group akan mewujudkan shopping complex dan juga hotel-hotel yang turut akan dibangunkan disekitar JPO ini. JPO juga bukan sahaja dapat menarik pelancong dan rakyat tempatan, malahan tujuan utamanya adalah menarik pelancong asing dan secara tidak langsung dapat menandingi pelbagai tempat menarik yang terdapat di negara jiran, merangkap pesaing terdekat, Singapura.

JPO menawarkan 80 koleksi jenama designer dan pada masa yang sama terdapat 80 stores yang menjanjikan harga yang amat berpatutan dengan tawaran diskaun sekitar 25% sehingga 65%. Setiap outlet mempunyai pelbagai tawaran hebat yang mana setiap produk yang ditawarkan adalah asli (original) diambil daripada luar negara (2 season past).
Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Anda boleh membeli mengikut kemampuan dan bajet yang minimum. Pelbagai outlet yang terdapat disana mempunyai tawaran diskaun yang berbeza. Setiap design adalah terhad. Stok baru akan sampai sebulan sekali.
Impak?
Malah beliau turut kagum dengan komitmen berterusan dari Kumpulan Genting melalui anak syarikatnya, Genting Simon untuk membangunkan fasa kedua JPO dengan pelaburan lebih RM1 bilion pada masa depan walaupun fasa pertama baru memulakan operasinya.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat yakin dengan pembukaan Johor Premium Outlet (JPO) yang pertama di Asia Tenggara dan Malaysia bakal menarik lebih ramai pelabur asing dan domestik untuk melabur di negara ini.
Malah beliau turut kagum dengan komitmen berterusan dari Kumpulan Genting melalui anak syarikatnya, Genting Simon untuk membangunkan fasa kedua JPO dengan pelaburan lebih RM1 bilion pada masa depan walaupun fasa pertama baru memulakan operasinya.
Najib berkata, Kumpulan Genting menyatakan hasrat untuk meneruskan pembangunan di Kulaijaya dengan rancangan tambahan 60 premium outlet beserta sebuah hotel dengan kapasiti 2,000 buah bilik, taman tema air dan pusat pameran dan konvensyen antarabangsa.
“Saya amat berbangga dengan pembukaan JPO ini yang merupakan satu projek yang bermakna dan bersejarah di dalam Iskandar Malaysia,”
“Kita harus berbangga kerana Malaysia menjadi pilihan lokasi pertama premium outlet di Asia Tenggara serta Kumpulan Genting melalui Genting Simon yang berterusan membangunkan sebuah mercu tanda baru di kawasan ini,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, tiga juta pengunjung bakal mengunjungi JPO pada tahun pertama operasinya.
Malah beliau turut yakin dengan adanya JPO ini, ia akan memainkan peranan utama di dalam menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa seperti dari Timur Tengah dan Eropah serta negara-negara jiran serantau.